11 November 2010
Selamat Datang ke Negeri Johor Darul Takzim:)
x de motif....
20 October 2010
Selamat bErjuang...
01 October 2010
Aktiviti Popular bulan Syawal..
hari raya adalah hari merayakan kepulangan diri kepada fitrah atau kembali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya..oleh sebab itu ia dimulakan dengan ibadah mengawal nafsu dan berkorban selama sebulan. hari raya adalah dari segi simboliknya ialah hari kemenangan perjuangan Islam...di hari raya ini kite dibolehan untuk bersuka ria tetapi tidak melampau batas..pada hari raya juga kita digalakkan memberi makanan dan minuman kepada golongan miskin dan anak yatim ...ia adalah satu pengorbanan untuk memberi kelapangan kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk menikmati juadah yang lebih pelbagai dan berkualiti daripada biasa...makanan juga tidak dilarang untuk diberikan kepada tetamu yang hadir selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan dalam Islam....memberi makanan dan minuman kepada tetamu adalah lambang penghargaan kepada mereka....jangan terlampau menjamu mereka sehingga boleh dikategorikan sebagai boros..bersederhanalah dalam menjamu tetamu dan elakkan daripada melakukan pembaziran..
19 September 2010
SeLamat Hari Raya Aidilfitri 1431 H
22 August 2010
Kemajuan kita selepas 53 tahun merdeka
Ape, ape, jawap la...KLCC, Menara Berkembar, Putrajaya...bukan itu kemajuan yg ingin sy katakan...kemajuan yg sy ingin katakan ialah..gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat..setiap hari ada sahaja kes pembuangan bayi terpampang di dada akhbar..tiada perasaan belas kasihankah seseorang wanita itu terhadap anak nya.. dimanakah naluri keibuannya.. punca pembuangan bayi t'sebut semestinya adalah hasil perbuatan zina ...nk tutup malu buanglah anak 2..kasihan anak tersebut..die x bersalah..pernah satu ketika dulu, kita digemparkan dengan laporan kajian UKM yg telah dibuat oleh pakar psikologi Kanak-kanak dan remaja telah mendedahkan bahawa hanya seorang shj drpd 887 org subjek remaja bermasalah yg belum pernah melakukan prsetubuhan luar nikah.Masya Allah tidak takutkah mereka trhadap azab Allah. tidak tahukah mrk ape hukuman yg Allah berikan kepada penzina..
gejala sosial tidak terhenti di situ sahaja cuba kita lihat pd ganterisme plak...saban thn ade shj pelajar yg meninggal dunia akibat dibelasah oleh rakan2...cnth nya di Ampangan Negeri Sembilan, Pahang dan Maktab Tentera Diraja..kalu x meninggal dunia pun mrk akn cacat atau cedera.mereka sudah tidak tkt trhadap hukum Allah.
gejala dadah juga semakin meningkat dari sehari ke sehari..sebahagian besar dari mereka terpengaruh dgn gejala ini disebabkan pengaruh rakan sebaya, sebahagiannya lg adelah krn perasaan ingin tahu dan selebihnya disebabkan perasaan suka2....akibatnya ramailah penghidap hiv dan aids..
selain dadah , gejala merempit pun tidak kurg hebatnya...aktiviti ini akn bergiat dgn lebih aktif pd mlm minggu...akibatnya ramailah kematian yang dicatat...kaum melayu sudh tentulah beragama Islam mendahului kaum lain....golongan yg terlibat biasanya ialah golongan remaja..mase remaja nye dibazirkan dengn membuat aktiviti yg tidk berfaedah..
Saham Dunia ke Saham Akhirat penting?
15 August 2010
Keluarga Bahagia...semua impikannya...
30 July 2010
TuDung oh Tudung...adat ke ibadat??
menyentuh berkenaan pakaian wanita...saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana ramai wanita pada hari ini memakai tudung..jika kita pergi ke suatu tempat dapat kita lihat ramai wanita memakai tudung..tren pemakaian tudung sudah melanda di mana-mana sahaja sama ada ianya pekerja bawahan ataupun pekerja atasan...sama ada ianya golongan profesional or x, ngn ia nya juga telah melanda golongan2 glamour seperti pengacara berita untuk bertudung..
walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai..namun gaya pemakaiannya masih tidak nampak lengkap dan sempurna..masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya..terdapat mereka yang bertudung namun pada masa sama memakai baju ketat dan kain terbelah..adakah ia dibenarkan oleh syarak..pelbagai rekaan tudung terbaru direka untuk wanita Islam pada masa kini...terdapat rekaan tudung yang dipakai dengn songkok di dalam..dihiasi dengan brooch dan berbagai2 lagi rekaan tudung di dalam majalah dan surat khabar...fesyen yang cuba ditonjolkan bukan megurangkan fitnah malah menambahkan lagi fitnah ke atas wanita.
Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terhasillah pakaian wanita masa kini, walaupun bertudung namun semakin riak dan membanggakan diri ..semakin menyombong, jalan dengan mendabik dada..merasakan tudung kita tudung yang paling cantik, paling up to date..bergaya dan segalanya.Bertudung tapi masih ingin bergaya..
Kesimpulannya tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan..kita tidak merasa diri kita ini hina.banyak berdosa kepada tuhan mahupun manusia.kita tidak merasakan bahawa memakai tudung adalah adalah amalan kecil yang mampu kita laksanakan.
ada orang yang bertudung namun masih lalai melakukan solat. ada orang yang bertudung namun masih lagi keluar dan berkepit dengan pasangan bukan mahramnya. dan bermacam-macam lagi maksiat yang dilakukan oleh orang yang bertudung termasuk kes2 besar spt zina, khalwat dan sebagainya.
Dimana nilai bertudung? nilai tudung telah dicemari oleh orang2 yang begini..orang Islam lain yang tidak bertudung dan mahu bertudung tersekat melihat sikap orang2 yang mencemari hukum Allah..mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung..lebih baik tidak bertudung mereka merasa lebih bebas lagi..
orang-orang bukan Islam tawar hati untuk memasuki agama Islam kerana sikap umat Islam itu sendiri kerana tidak menjaga kemuliaan hukum hakam Islam..walaupun bertudung namun perangai lebih buruk dari orang yang bukan Islam.mereka tidak nampak perbezaan antara Islam dan agama yang mereka anutinya..
lihatlah bertapa besarnya peranan bertudung untuk berdakwah kepada orang lain..selama ini kita tidak sedar bahawa diri kita adalah agen bagi Islam. KIta adalah pendakwah sebenar Islam..Dakwah kita bukan berdakwah dengan memberi ceramah namun dakwah kita hanya lah dengan melalui pakaian
jika kita menutup aurat namun tidak memperbaiki peribadi, kitalah punca gagalnya dakwah..jangan lah kita menunding jari kepada orang Lain..islam adalah bermula dari diri sendiri..ini juga tidak bermakna jika akhlak kita belum berubah baik kita tidak boleh menutup aurat...aurat wajib ditutup dalam masa yg sama perbaiki kesilapan diri dari masa ke semasa..tudung anda bukan setakat di luar tapi di dalam hati..
walau apapun kewajipan bertudung jatuh kepada semua wanita muslim..apabila sudah bertudung hiasi diri dengan sifat yang mulia, bertolak ansur sentiasa bermanis muka elakkan pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan...mencuba diri mendidik menjadi seorang yang lemah lembut, bersopan santun...buang sifat yang kasar dan apabila bercakap jangan meninggikan suara...buang sikap suka mengumpat, mengeji dan mengata orang lain..
barulah orang bukan islam akan terpikat dengan Islam ...dengan ini orang bukan Islam akan mengakui bahawa "Islam is really beautiful"..semuanya apabila seorang wanita Islam sudah cantik perbadinya.oleh itu, wahai wanita Islam!anda harus mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. SEKIAN
28 July 2010
CoRetan PeRtamaKu..
perkara ini tidak pernah habis bermula dari imam Syafiie sehinggalah Imam Shatibi..Begitulah juga dalam bab Feqah..ianya melibatkan kefahaman so ianya akan berubah mengikut masa.keadaan dan tempat...jika kita mengaitkan puasa pada 14 dan 15 sya'ban sebagai datangnya dari Rasulullah maka ianya adalah bidaah...ini kerana tidak ada hadis yang mengaitkan puasa hari tersebut dengan nisfu sya'ban..kesimpulannya boleh bagi kita untuk berpuasa pada hari tersebut...cuma jangan mengaitkan puasa tersebut dengan puasa nisfu...terutamnya bagi mereka yang melazimi berpuasa pada 13, 14 dan 15 setiap bulan..oleh itu...kite jgn terlalu cpt menghukum sesuatu perkara itu...SEKIAN