01 October 2010

Aktiviti Popular bulan Syawal..

agak susupen jgk entri sy kali ini...ye je suspen..kalu tau cubelah anda semua teka apekah yg bermain di fikiran sy pd ketika ini...aduh..bukan ahli nujum pun kan nk teka2...kali ini sy berminat untuk mengupas 2 isu yang popular pd bulan syawal yang mulia iaitu berkenaan dengan majlis rumah terbuka dan pemberian duit raya..mengadakan rumah terbuka semakin mendapat tempat di hati masyarakat baik golongan kenamaan mahupun golongan biasa..namun adakah ia menepati syarak atau ianya datang dari ideologi barat yang sengaja ingin menjatuhkan umat Islam...
hari raya adalah hari merayakan kepulangan diri kepada fitrah atau kembali mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya..oleh sebab itu ia dimulakan dengan ibadah mengawal nafsu dan berkorban selama sebulan. hari raya adalah dari segi simboliknya ialah hari kemenangan perjuangan Islam...di hari raya ini kite dibolehan untuk bersuka ria tetapi tidak melampau batas..pada hari raya juga kita digalakkan memberi makanan dan minuman kepada golongan miskin dan anak yatim ...ia adalah satu pengorbanan untuk memberi kelapangan kepada golongan yang tidak bernasib baik untuk menikmati juadah yang lebih pelbagai dan berkualiti daripada biasa...makanan juga tidak dilarang untuk diberikan kepada tetamu yang hadir selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak dan menjaga batas-batas pergaulan yang dibenarkan dalam Islam....memberi makanan dan minuman kepada tetamu adalah lambang penghargaan kepada mereka....jangan terlampau menjamu mereka sehingga boleh dikategorikan sebagai boros..bersederhanalah dalam menjamu tetamu dan elakkan daripada melakukan pembaziran..

selain itu, jangan kita menjadikan rumah terbuka yang diadakan untuk menarik orang mengikut kebatilan politik yang kita terajui..jgn jadikan rumah terbuka itu sebagai peluang untuk menambah ahli dalam perjuangan kebatilan kita..kita juga sebagai tuan rumah harus memastikan bahawa tetamu yang datang adalah dari golongan yang baik,

dari segi bab memberi sedekah..ia adalah sesuatu benda yang baik dan digalakkan dalam Islam..sedekah harus diberikan tanpa mengira sama ada orang tua atau budak kecil dan ianya hendaklah memberi dengan ikhlas..duit yang hendak disedekahkan itu mestilah tahu hasilnya daripada mana.pastikan ianya tidak didapati secara haram seperti dengan cara merompak. mencuri dan sebagainya..

apabila kita membuat rumah terbuka jangan ada perasaan riak dalam diri dan jangan sesekali memlih tetamu yang hadir kerana ia bukan mengundang pahala malah mengundang dosa...seeloknya jemputlah mereka dari kalangan orang yang memerlukan supaya mereka dapat mengecapi nikmatnya hari raya seperti mereka yang lain..

pada hari raya jugak kita digalakkan untuk menjemput orang yang bukan Islam datang pada majlis itu..tetapi janganlah sampai ia boleh mencemarkan majlis tersebut dengan melakukan kegiatan kurang bermoral seperti pergaulan bebas dan minum arak..

tidak salah untuk mengadakan majlis rumah terbuka namun jagalah ia supaya tidak melanggar hukum syarak...jadikan rumah terbuka sebagai gelanggang untuk mengeratkan silaturrahim..SEKIAN..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...