30 July 2010

TuDung oh Tudung...adat ke ibadat??

napelah ngn tudg zmn skg..kalu dilihat pada hari ini...hampir setiap bulan ade sahaja tudung2 fesyen baru muncul di pasaran..rekaan yang muncul semakin lama semakin cantik....sejauh manakah ia menepati syarak?..saya ingin mengulas serba sedikit..saya hanya ingin menyentuh tentang pemakaian tudung wanita sebagai renungan kepada wanita Islam..apabila seseorang wanita itu menjaga auratnya dari pandangan bukan mahramnya , ia bukan sahaja menjaga maruah dirinya malah ia juga menjaga maruah seluruh wanita mukmin..seperti yang kita sedia maklum harga diri wanita sangat tinggi dan mahal martabatnya..ini kerana syariat telah menetapkan supaya perempuan memakai pakaian yang longgar dan warnanya kurang menarik perhatian..wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak ramai. Namun mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.tidak sepatutnya bagi seseorang wanita itu mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata mengejar pangkat, darjat, nama dan harta dan kemewahan dunia.
menyentuh berkenaan pakaian wanita...saya memanjatkan syukur kepada Allah kerana ramai wanita pada hari ini memakai tudung..jika kita pergi ke suatu tempat dapat kita lihat ramai wanita memakai tudung..tren pemakaian tudung sudah melanda di mana-mana sahaja sama ada ianya pekerja bawahan ataupun pekerja atasan...sama ada ianya golongan profesional or x, ngn ia nya juga telah melanda golongan2 glamour seperti pengacara berita untuk bertudung..
walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai..namun gaya pemakaiannya masih tidak nampak lengkap dan sempurna..masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya..terdapat mereka yang bertudung namun pada masa sama memakai baju ketat dan kain terbelah..adakah ia dibenarkan oleh syarak..pelbagai rekaan tudung terbaru direka untuk wanita Islam pada masa kini...terdapat rekaan tudung yang dipakai dengn songkok di dalam..dihiasi dengan brooch dan berbagai2 lagi rekaan tudung di dalam majalah dan surat khabar...fesyen yang cuba ditonjolkan bukan megurangkan fitnah malah menambahkan lagi fitnah ke atas wanita.
Bila mana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terhasillah pakaian wanita masa kini, walaupun bertudung namun semakin riak dan membanggakan diri ..semakin menyombong, jalan dengan mendabik dada..merasakan tudung kita tudung yang paling cantik, paling up to date..bergaya dan segalanya.Bertudung tapi masih ingin bergaya..
Kesimpulannya tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan..kita tidak merasa diri kita ini hina.banyak berdosa kepada tuhan mahupun manusia.kita tidak merasakan bahawa memakai tudung adalah adalah amalan kecil yang mampu kita laksanakan.
ada orang yang bertudung namun masih lalai melakukan solat. ada orang yang bertudung namun masih lagi keluar dan berkepit dengan pasangan bukan mahramnya. dan bermacam-macam lagi maksiat yang dilakukan oleh orang yang bertudung termasuk kes2 besar spt zina, khalwat dan sebagainya.
Dimana nilai bertudung? nilai tudung telah dicemari oleh orang2 yang begini..orang Islam lain yang tidak bertudung dan mahu bertudung tersekat melihat sikap orang2 yang mencemari hukum Allah..mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung..lebih baik tidak bertudung mereka merasa lebih bebas lagi..
orang-orang bukan Islam tawar hati untuk memasuki agama Islam kerana sikap umat Islam itu sendiri kerana tidak menjaga kemuliaan hukum hakam Islam..walaupun bertudung namun perangai lebih buruk dari orang yang bukan Islam.mereka tidak nampak perbezaan antara Islam dan agama yang mereka anutinya..
lihatlah bertapa besarnya peranan bertudung untuk berdakwah kepada orang lain..selama ini kita tidak sedar bahawa diri kita adalah agen bagi Islam. KIta adalah pendakwah sebenar Islam..Dakwah kita bukan berdakwah dengan memberi ceramah namun dakwah kita hanya lah dengan melalui pakaian
jika kita menutup aurat namun tidak memperbaiki peribadi, kitalah punca gagalnya dakwah..jangan lah kita menunding jari kepada orang Lain..islam adalah bermula dari diri sendiri..ini juga tidak bermakna jika akhlak kita belum berubah baik kita tidak boleh menutup aurat...aurat wajib ditutup dalam masa yg sama perbaiki kesilapan diri dari masa ke semasa..tudung anda bukan setakat di luar tapi di dalam hati..
walau apapun kewajipan bertudung jatuh kepada semua wanita muslim..apabila sudah bertudung hiasi diri dengan sifat yang mulia, bertolak ansur sentiasa bermanis muka elakkan pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan...mencuba diri mendidik menjadi seorang yang lemah lembut, bersopan santun...buang sifat yang kasar dan apabila bercakap jangan meninggikan suara...buang sikap suka mengumpat, mengeji dan mengata orang lain..
barulah orang bukan islam akan terpikat dengan Islam ...dengan ini orang bukan Islam akan mengakui bahawa "Islam is really beautiful"..semuanya apabila seorang wanita Islam sudah cantik perbadinya.oleh itu, wahai wanita Islam!anda harus mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian. SEKIAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...